3 jam rekod keterangan Khairuddin

Polis merekod keterangan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di Bukit Aman, malam tadi, kira-kira 3 jam berhubung kegagalan mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki, Julai lepas.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, keterangan menteri terbabit dirakam bersama beberapa saksi lain.

“Proses merekod keterangan bermula jam 8.30 malam sebelum beliau (Mohd Khairuddin) keluar kira-kira jam 11.30 malam dari Bukit Aman.

“Selain Mohd Khairuddin, beberapa saksi lain turut direkod keterangan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here