RM1,168,050 kompaun kesalahan merokok dikeluarkan

Putrajaya, Okt 20.
Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan 4,753 kompaun dengan nilai tawaran berjumlah RM1,168,050 susulan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, jumlah kompaun itu merupakan hasil aktiviti penguatkuasaan kementerian terhadap 23,093 premis yang dilawati sepanjang September lalu.

Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi, sejumlah 2,566 tawaran kompaun bernilai RM1,283,000 telah dikeluarkan dengan purata RM500 turut dikeluarkan bagi tempoh sama, katanya menerusi kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here