Melaka, Okt 21.
Seorang doktor lelaki yang dalam perjalanan pulang ke rumah, maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Krubong, di sini pada Khamis.
Mangsa, Sandeep Singh Panthlia, 41, yang bertugas di sebuah klinik swasta di Alor Gajah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa yang selesai bertugas di Alor Gajah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Klebang Besar.
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian kereta jenis Naza Forte dipandu mangsa secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan dan melangar dengan sebuah lori Isuzu Commando NHR55E .
Akibat rempuhan itu mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu lori yang beralamat di Paya Rumput dibawa ke Hospital Melaka kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan dan menerima empat jahitan di hidung, katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis.