Pangsapuri terbiar jadi pusat hiburan tawar GRO

Kuala Lumpur, Jun-

Berselindung di sebalik bangunan pangsapuri terbiar, sindiket pelacuran yang menjadikan bangunan 18 tingkat sebagai pusat hiburan yang menawarkan khidmat pelacuran.

Premis hiburan yang beroperasi di lima tingkat bangunan berkenaan dikawal ketat ‘pengawal keselamatan’ di pintu masuk selain pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan hanya pelanggan tetap dibenarkan masuk bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Aktiviti yang dipercayai bermula dari jam 6 petang hingga 8 pagi itu turut menyediakan wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang diuruskan seorang ‘mummy’ warga China.

Difahamkan, setiap bilik karaoke dikenakan caj antara RM4,000 sehingga RM8,000, manakala GRO pula akan mengenakan caj teman berhibur dan khidmat seks yang mencecah sehingga RM1,200.

Bukan itu saja, pengunjung juga dikatakan turut ditawarkan dadah ketika berhibur di premis berkenaan.

Bagaimanapun, kegiatan haram terbabit terbongkar selepas sepasukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menggempur premis berkenaan, semalam.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata serbuan kira-kira jam 1 pagi dilakukan hasil maklumat awam dan risikan mengenai aktiviti pusat hiburan yang berselindung di sebalik pangsapuri terbiar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here