Gagal kuasai bahasa Melayu punca permohonan kewarganegaraan warga emas ditolak – Saifuddin

Kuala Lumpur, Okt 23.
Dewan Rakyat diberitahu bahawa kegagalan melepasi ujian penguasaan bahasa Melayu antara punca kebanyakan permohonan kewarganegaraan dalam kumpulan warga emas, tidak diluluskan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penguasaan bahasa rasmi antara yang diteliti oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan ia turut menjadi panduan di negara-negara luar dalam memberikan status kewarganegaraan.

“Markah tak lulus satu, dan markah lulus ialah lapan. Dia ada penilaiannya (dalam memberikan kelulusan).Sekarang ini, yang (dapat markah) dua pun kadang-kadang saya luluskan. Dua ini maknanya, (kita cakap) terima kasih, dia jawab sama-sama. Itu pun kita lulus.

“Sampai kita turunkan kayu ukur sampai ke tahap itu. Ada dalam warga usia lama ini mereka terlalu fasih dengan bahasa asing sampai tidak boleh langsung (bertutur dalam bahasa rasmi), Itu antara kekangan yang kita hadapi, itu pun kita cuba bantu,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here