Ancaman letupan, kakitangan LPP terpaksa keluar dari bangunan

Kuala Lumpur, Okt 24.
Kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) terpaksa keluar dari bangunan yang terletak di Jalan Sultan Salahuddin dekat sini kerana dipercayai berlaku letupan di tingkat lima bangunan tersebut.

Turut berada di lokasi kejadian ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau sepatutnya menyertai sesi libat urus bersama media yang dijadualkan kira-kira jam 2.30 petang.

Kelihatan satu jentera bomba telah tiba dilokasi kejadian bagi memeriksa kejadian tersebut.Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Rusdi Ismail berkata, kebakaran kabel bawah tanah dipercayai menjadi punca suasana di bangunan LPP di Jalan Sultan Salahuddin dekat sini dikejutkan dengan bunyi letupan dalam kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 2 petang. Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dengan kekuatan tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian pada jam 2.09 petang kemudiannya menerima makluman awam berkaitan letupan di dalam bilik elektrik di salah satu tingkat di bangunan berkenaan, katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here