Bongkar makmal proses heroin, polis rampas dadah RM1.87 juta

Georgetown, Okt 24.
Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan makmal memproses heroin selepas menahan empat lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.87 juta, dalam siri serbuan di negeri itu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, berkata bertindak atas maklumat dan risikan dijalankan, polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri bersama JSJN Bukit Aman melancarkan operasi terancang bermula jam 9 malam Jumaat lalu hingga kelmarin dan menyerbu enam lokasi di daerah Timur Laut dan Barat Daya.

“Dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki berumur 27 tahun yang juga dalang utama, di tepi jalan di kawasan Tanjung Tokong di sini pada jam 9 malam (Jumaat) dan merampas pelbagai jenis dadah dalam keretanya.

“Polis kemudian menahan seorang lagi lelaki di kawasan Gelugor pada jam 12.20 tengah malam dan dua lagi lelaki masing-masing berusia 28 dan 33 tahun di Lebuh Sungai Pinang pada jam 1 pagi.”Susulan penahanan tiga lelaki itu, kami merampas pelbagai jenis heroin dan syabu disimpan dalam kereta di kawasan parkir tidak jauh dari tempat mereka ditahan. Modus operandi mereka ialah meninggalkan kereta mengandungi dadah sebelum pembeli datang mengambilnya tanpa kehadiran suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here