Pesara kena ‘scam’ RM127,000

Ipoh, Okt 24.
Seorang pesara kerajaan rugi lebih RM127,000 ditipu sindiket ‘phone scam’ yang menyamar wakil syarikat kurier dan polis.

Wanita berusia 61 tahun dari Kampung Sungai Tapah Tambahan, di sini, hanya menyedari menjadi mangsa penipuan selepas telefon bimbit mangsa diperiksa anak perempuannya.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata polis menerima laporan warga emas itu semalam dan siasatan mendapati susupek menyamar pekerja syarikat kurier mula menghubungi mangsa pada 25 September lalu.

Suspek menyatakan kononnya mangsa mempunyai satu bungkusan bermasalah. Panggilan kemudian disambungkan kepada invidu talian kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here