Kuala Lumpur, Okt 24.
Dasar menamatkan hayat kenderaan berusia tidak sesuai dilaksanakan kerana akan menyusahkan rakyat, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Loke berkata, Putrajaya mesti mengambil kira situasi sosioekonomi rakyat.
Dasar menamatkan hayat kenderaan akan menyusahkan rakyat. Dalam menuju ke arah kelestarian, apa jua dasar yang kita laksanakan mesti mempertimbang faktor sosioekonomi, katanya pada sidang media.
Beliau berkata, kerajaan sebaliknya akan menumpukan kepada transisi kepada kenderaan elektrik (EV), bermula dengan motosikal, memandangkan ia mewakili separuh daripada 30 juta kenderaan di atas jalan raya.





















