Pasar raya jual daging katak?

Frog isolated on white background

Selayang, Okt 24.
Isi daging yang bentuknya seperti katak dikesan dijual di sebuah pasar raya di Selayang.

Gambar tersebut tersebar menerusi aplikasi Whatsapp didakwa kejadian berlaku pada pagi Selasa.

Menerusi gambar dikongsikan, didapati isi daging terbabit diletakkan dalam pinggan di bahagian ikan.

Difahamkan aduan telah dibuat kepada pihak pengurusan pasar raya yang telah mengambil tindakan berhubung isu tersebut.

Perkongsian sama memaklumkan, aduan juga telah dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here