Had maksimum i-Saraan dinaikkan kepada RM500 setahun

Kuala Lumpur, Jan 24.
Bermula 1 Januari 2024, had maksimum insentif caruman padanan kerajaan untuk program i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 setahun.

Rakyat Malaysia yang berumur di bawah 60 tahun, berada dalam sektor tidak formal, termasuk yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, serta mencarum secara sukarela di bawah program i-Saraan, akan menerima insentif padanan sebanyak 15 peratus daripada caruman sukarela, tertakluk kepada had insentif maksimum RM500 setahun.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, kerajaan juga akan terus memberi insentif berkenaan kepada setiap peserta i-Saraan yang mencarum, tertakluk kepada insentif seumur hidup maksimum RM5,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here