Lelaki tampar petugas kesihatan ditahan

George Town, Okt 24.
Polis menahan seorang lelaki kerana menampar petugas Jabatan Kesihatan Pulau Pinang yang sedang mengambil sampel jentik-jentik di rumah suspek di Taman Melati, Bayan Baru dekat sini, semalam.

Ketua Polis Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal berkata kejadian itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika petugas itu sedang membuat pemeriksaan nyamuk aedes di kawasan perumahan terbabit. Menurut lelaki itu, semasa dia sedang mengambil sampel jentik-jentik di kediaman suspek, tiba-tiba suspek datang dan terus menamparnya di bahagian muka beberapa kali sehingga petugas berkenaan mengalami luka kecil pada bahagian dahi.

Petugas kesihatan itu membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit dan bertindak daripada laporan itu, kami menahan lelaki berumur 44 tahun itu di rumahnya semalam kerana dia turut menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa insiden itu, katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata, lelaki itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 332 Kanun keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here