DBKL Gempur Car Wash & Kedai Gunting Rambut Milik Warga Asing Di Setiawangsa

Sudahlah berniaga secara haram, pekerja pula enggan bekerjasama dan bertindak biadap melarikan diri.

Demikian situasi yang berlaku apabila penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur dua premis milik warga asing dalam satu operasi semalam.

“Tindakan pertama adalah ke atas sebuah kedai gunting rambut di Keramat Wangsa yang dijalankan oleh warga asing; Bangladesh tanpa mempunyai lesen perniagaan sah daripada DBKL.

“Premis tersebut telah diambil tindakan ditutup serta-merta (sealed) dan sitaan di bawah Seksyen 101 (1) (v), Akta Kerajaan Tempatan 1976,” kata DBKL menerusi satu kenyataan, semalam.

Selain itu, premis selanjutnya juga turut menerima nasib yang sama setelah digempur anggota penguatkuasaan tersebut.

“Manakala tindakan kedua pula ke atas sebuah tempat cuci kereta yang terletak di lokasi berhampiran.

“Pemantauan dan pemeriksaan DBKL mendapati premis tersebut juga dijalankan oleh warga asing; Bangladesh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here