Kolej Vokasional Kuala Krai tawar 9 program

Kolej Vokasional Kuala Krai (KVKK) di sini menawarkan sembilan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan dua program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk pelajar tahun satu sesi 2021.

Program SVM ialah Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Teknologi Automotif, Teknologi Elektrik, Teknologi Pembinaan, Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian, Multimedia Kreatif (Animasi) dan Rekabentuk Grafik dan Media Cetak.

Dua program yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia pula ialah Operasi Pembinaan Bangunan serta Pemasangan dan Troubleshooting Peralatan Elektronik.

Pengarah KVKK, Izani Daud berkata, bagi pelajar di peringkat SVM, mereka berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Diploma Vokasional Malaysia.

“Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang http://spskt4.moe.gov.my dan diwajibkan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus di Pusat Pentaksiran yang telah dijadualkan,” katanya semalam.

Katanya, permohonan secara dalam talian telah dibuka bermula 7 September lalu hingga 2 Oktober depan dan pemohon boleh membuat semakan Pusat Pentaksiran bermula 12 Oktober hingga 6 November depan.

Jelasnya, pemohon boleh membuat semakan tawaran pada 5 Februari 2021.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Wan Siti Zuraida Muhammad Zain di talian 019-4552458/ 014-5018184 atau Mohd Zailani Mohamed Noor di talian 010-5553434.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here