Kerugian kes jenayah komersial untuk tahun ini RM1.75 bilion – Bukit Aman

Kuala Lumpur, Okt 26.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman membuka 33,269 kertas siasatan membabitkan nilai kerugian RM1.75 billion sejak 1 Januari tahun ini hingga 22 Oktober ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebanyak 27 peratus kertas siasatan telah dibuka daripada 125,169 laporan polis.

Dari aspek laporan polis, ia mencatatkan peningkatan sebanyak tujuh peratus berbanding hanya 116,450 laporan polis dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Begitu juga bagi kes-kes yang disiasat, ia turut mencatat peningkatan 20 peratus daripada 27,670 kes yang disiasat bagi tempoh sama tahun lalu, katanya pada sidang media hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here