Kuala Lumpur, Ogos-
Bekas pengarah eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN-Habitat) Maimunah Mohd Sharif dilantik sebagai datuk bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata pelantikan itu bagi menggantikan Kamarulzaman Mat Salleh.
“Saya percaya dengan pelantikan ini, beliau akan dapat meneruskan kesinambungan pengalaman dan sumbangan beliau untuk memimpin Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan penuh integriti bagi memastikan kemampanan pembangunan, kecemerlangan dan kegemilangan berterusan ke arah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang maju dan sejahtera,”katanya dalam kenyataan.
Maimunah, 63, berkelulusan ijazah sarjana muda sains (perancangan bandar) dari University of Wales Institute of Science and Technology pernah menjawat jawatan sebagai pengarah Eksekutif UN-Habitat berpusat di Nairobi, Kenya, selama 6 tahun dan merupakan wanita Asia pertama memegang jawatan itu.





















