Kuala Lumpur, Okt 26
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar Khamis depan untuk memberikan penjelasan mengenai isu pengurusan dana latihan dan keberkesanan Program Latihan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).
Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, selain Sivakumar, wakil daripada Kementerian Kewangan di dalam HRD Corp akan turut dipanggil sehari sebelum itu.
Keputusan memanggil kedua-dua saksi ini disebabkan nama mereka disebut dalam prosiding pertama dan untuk berlaku adil kepada mereka katanya pada sidang media di Pusat Media Parlimen hari ini.




















