Bapa ditahan rogol anak sendiri

Muar, Okt 30.
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki merogol anak perempuan sehingga mengandung di sebuah kampung di Muar, Johor.

Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mangsa 17 tahun yang masih bersekolah itu membuat laporan semalam mendakwa dirogol bapanya sejak berusia enam tahun.

Mangsa membuat aduan telah dirogol bapanya tanpa kerelaan. Mangsa yang merupakan wanita tempatan mendapati dirinya mengandung hasil ujian saringan air kencing.

Susulan itu, warga tempatan berumur 41 tahun itu ditangkap polis, katanya. Suspek direman tujuh hari sehingga 4 Nov ini bagi membantu siasatan katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here