Subsidi ayam ditamatkan bermula 1 November – Mat Sabu

Kuala Lumpur, Okt 30.
Selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa, kerajaan bersetuju agar subsidi dan kawalan harga bagi ayam sahaja yang akan ditamatkan sepenuhnya bermula 1 November ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A,B dan C akan diteruskan menggunakan mekanisme sedia ada.

Menurutnya, sejak Februari 2022, kerajaan menanggung RM3.8 bilion subsidi telur dan ayam dengan RM100 juta adalah dikhaskan untuk ayam.

Rasional penamatan subsidi secara pukal bagi ayam adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi di mana pada ketika ini yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.“Penamatan harga kawalan ayam juga menyokong kemampanan industri pengeluaran ayam tempatan,” katanya pada sidang akhbar di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here