Kuala Lumpur, Okt 30.
Kementerian Komunikasi dan Digital meminta penganjur konsert melibatkan artis luar negara mematikan bekalan elektrik serta-merta jika berlaku adegan tidak senonoh dalam persembahan mereka.
Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching, berkata garis panduan tambahan diperketatkan itu dibuat susulan perbuatan biadab kumpulan The 1975 ketika Festival Good Vibes 2023 Julai lalu. Kami juga sekarang telah minta penganjur untuk wujudkan ‘Q Switch’ supaya sekiranya ada apa-apa insiden yang tidak senonoh berlaku boleh kita serta-merta supaya putuskan elektrik supaya persembahan tersebut tidak boleh dijalankan lagi,” katanya di Dewan Rakyat.
Sebelum ini, persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.
























