Diperdaya pelaburan mata wang kripto – Pengarah syarikat rugi RM7.1 juta

Kuala Lumpur, Okt 27. Seorang pengarah sebuah syarikat berputih mata apabila menanggung kerugian RM7.1 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto sejak Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata mangsa berusia 52 tahun itu ditipu selepas menyertai kelas berkaitan pasaran stok secara dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Beliau berkata, mangsa telah dinasihatkan untuk menceburi pelaburan mata wang kripto menggunakan platform ‘Yoamex’ dan membuka akaun pada Julai lalu dengan jumlah keseluruhan pelaburan RM7.1 juta.

Melalui laman sesawang pelaburan itu, katanya pengarah syarikat itu dapat melihat akaunnya menjana keuntungan hingga 13.7 juta USD (RM65.58 juta). Mangsa memaklumkan dia tidak dapat membuat pengeluaran pelaburan itu kerana didakwa terdapat siasatan sedang dijalankan di bawah pengubahan wang haram,” katanya pada sidang media khas JSJK hari ini.

Menurutnya mangsa juga diminta membuat bayaran tambahan sebanyak lima peratus daripada jumlah keuntungan pelaburan iaitu US$683 juta (RM3.2 juta).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here