TMJ puji mutu kerja Hannah

Kuala Lumpur, Okt 30.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Ismail Sultan Ibrahim memuji mutu kerja yang ditunjukkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Baginda  berkata, Ahli Parlimen Segambut itu cukup fokus terhadap kerjanya bagi memartabatkan industri sukan dan pembangunan belia di Malaysia.

TMJ berkata demikian dalam podcast Keluar Sekejap bersama bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan.

Tunku Ismail mengulas tentang dinamika politik dan keseimbangan barisan kepimpinan negara, baginda mempunyai pandangan tersendiri mengenai perkara ituditunjukkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

“Beliau (Hannah Yeoh) seorang yang hanya fokus kepada kerjanya. Apabila ada kerja, beliau lakukan kerjanya,” kata Tunku Ismail.

Pelbagai langkah dilakukan Hannah untuk memajukan sukan negara termasuk menyelesaikan beberapa masalah tertunggak sejak sekian lama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here