Godam papan menu restoran makanan segera, 2 ditahan

Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai menggodam papan menu digital sebuah restoran makanan segera di Kuala Langat, dalam kejadian Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata dua lelaki berusia 26 itu ditahan di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Beliau berkata polis menerima laporan polis dibuat oleh pengurus restoran makanan segera terbabit yang memaklumkan papan menu itu telah digodam.

“Ia berubah memaparkan imej darah, bom, peluru dengan tulisan ‘Proud Sponsors of Israeli Terrorism’

Menurutnya, dua suspek terbabit direman empat hari hingga 5 Nov dan siasatan lanjut masih dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here