Mayat lelaki ditemui dalam timbunan sampah

Kampar, Nov 6.
Mayat seorang lelaki warga tempatan ditemui tersangkut dalam longgokan sampah di tebing Sungai Kinta dekat Malim Nawar di sini pada Ahad.

Keadaan mangsa, Chong Wai Kee, 39, itu disedari orang awam yang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan sekitar jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, mayat mangsa dalam keadaan tertiarap dan lengkap berpakaian itu telah dibawa naik oleh anggota bomba.

“Pemeriksaan awal dilakukan tidak menemui sebarang butiran pengenalan diri, malah tiada kecederaan berunsurkan jenayah ditemui pada mayat mangsa.” Tanda-tanda lain dijumpai pada mangsa ialah pakaian, dua bentuk cincin di jari telunjuk bertulis ‘My Love, Your Love’ dan ‘e&a’ serta cincin yang dipakai di jari hantu,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pakaian baju-T berwarna hitam dengan tulisan ‘Cookkeng’ yang merujuk tempat mangsa dipercayai bekerja telah membantu polis mengesan identiti mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here