Trump enggan hadiri upacara rasmi peralihan kuasa

Presiden Donald Trump akan meninggalkan Washington pada 20 Januari ini iaitu sebelum majlis angkat sumpah Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Trump enggan menghadiri upacara rasmi peralihan kuasa yang akan diadakan pada Rabu depan.

Sebaliknya, beliau akan mengadakan upacara perpisahan di Joint Base Andrews di Maryland sebelum penerbangan terakhirnya menaiki Air Force One.

Pegawai merancang untuk mengadakan upacara yang dilengkapi dengan hamparan permaidani merah, pancaragam tentera dan tabik 21 pistol (21-gun salute).

Trump akan menjadi presiden keempat dalam sejarah untuk memboikot majlis angkat sumpah penggantinya dan akan meninggalkan Washington dengan masa depannya yang tidak menentu.

Ini susulan kejadian rusuhan yang menyaksikan penyokongnya menyerang Capitol Hill dan mengancam keselamatan kakitangan Kongres dan penggubal undang-undang.

Beliau telah dikecam oleh partinya iaitu Parti Republikan atas reaksinya terhadap keganasan yang berlaku yang menyebabkalima orang terkorban, termasuk seorang pegawai polis Capitol.

Biarpun setelah berbulan berusaha membatalkan kemenangan Biden dengan tuduhan yang tidak berasas seperti penipuan pengundi dan mendorong penyokongnya untuk bertindak ganas menyerang Capitol Hill, beliau memberi jaminan peralihan kuasa akan berlaku secara aman.

Beliau bukan sahaja tidak mempelawa keluarga Biden ke White House untuk upacara tradisi ‘bread-breaking’, malah tidak menghubungi Biden menerusi telefon.

Sementara itu, Naib Presiden Mike Pence telah menghubungi Naib Presiden dipilih Kamala Harris pada Khamis untuk memberikan ucapan tahniah dan menawarkan bantuan.

Pence akan menghadiri majlis upacara angkat sumpah pada Rabu depan ia amat dialu-alukan oleh Biden.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here