Kes Curi cip kasino lebih RM4.6 juta – Polis tahan 10 individu

Kuala Lumpur, Nov 6.
Polis menahan 10 individu bagi membantu siasatan berhubung kecurian cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta di sebuah bilik kasino di Genting Highlands, Pahang pada 28 Okt lalu.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata semua individu terbabit ditahan dalam beberapa siri serbuan yang dilakukan selepas polis menerima laporan berhubung kejadian

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kemungkinan akan ada lagi serbuan dilakukan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.Sebelum ini, polis mengesahkan menerima satu laporan daripada pihak keselamatan kasino berkaitan kecurian cip bernilai lebih RM4.6 juta pada 6.30 petang, 28 Oktober lalu.

.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here