Harga Barangan Sembahyang Hindu Melonjak Tinggi

Kuala Lumpur, Nov 16.
Harga barang-barang sembahyang Hindu meningkat sehingga 56 peratus berbanding tahun lalu, kata Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHA) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

PHA dan CAP berkata selepas Deepavali pada 12 November, penganut Hindu juga merayakan Kantha Shasthi sehingga 18 Ogos dan Thaipusam pada 21 Januari depan.

“Bagaimanapun, ramai penganut, terutamanya golongan B40 bimbang dan sedih melihat peningkatan kos banyak barangan asas sembahyang,” kata Presiden PHA P. Murugiah dan pegawai pendidikan CAP N.V. Subbarow.

Dalam kenyataan bersama, mereka berkata kedua-dua persatuan melakukan tinjauan rawak melibatkan 18 barangan sembahyang Hindu di kedai-kedai di Pulau Pinang dan Seberang Jaya.

Barang-barang itu, kata mereka, antaranya kapur barus, air mawar, bunga melati segar, dahlia, teratai, damar wangi (sambrani), dupam, sirih, pinang, kelapa dan lampu sembahyang tanah liat, badam, gajus, susu, pisang dan sebagainya.

Apabila tanya kepada penjual kedai,  mereka bagi alasan pengusaha, pengimport  dan pemborong yang menjual barangan sembahyang yang diimport dari India sudah menaikkan harga jadi mereka pun tidak ada cara lain jadi terpaksa  menaikkan harga.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here