Nilai kerajaan perpaduan secara profesional

San Francisco, Nov 18.
Kerajaan perpaduan yang akan memasuki usia setahun pentadbirannya mempunyai kelemahan, namun sebarang penilaian perlu dibuat secara profesional dan adil, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

“Saya berani katakan, walaupun saya sendiri perlu banyak belajar. Ini penggal pertama saya sebagai menteri, banyak cabarannya, tidak syak lagi.“Tetapi, saya fikir anggota Kabinet ramai yang mempunyai pengalaman, tetapi ada juga kali pertama menjadi menteri yang terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tugas mereka,” katanya ketika ditanya persepsi umum terhadap beberapa menteri tidak mencapai standard diperlukan.

“Adil untuk mengatakan ada yang perlu bekerja lebih keras dan lebih bijak. Saya bukanlah tidak bersetuju.” Justeru, terpulang kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim jika ingin merombak Jemaah Menteri, kata Fahmi kepada media Malaysia di sini, di luar mesyuarat pemimpin ekonomi APEC ke-30.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here