Banjir di Terengganu makin buruk, 1,431 mangsa banjir di empat daerah

Kuala Terengganu, Nov 21.

Banjir di Terengganu makin buruk dengan Marang menjadi daerah terbaru selepas satu pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan malam tadi.

Setakat jam 8 pagi, seramai 1,431 mangsa daripada 400 keluarga berada di 14 PPS di empat daerah iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu dan Marang.

Ia menunjukkan peningkatan berbanding hanya 1,048 mangsa daripada 295 keluarga di 12 PPS di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Setiu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here