Polis tahan dua lelaki bersama dadah bernilai RM6 juta

Shah Alam, Nov 21.
Polis menahan dua lelaki warga tempatan bersama 191.5 kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine, dianggarkan bernilai RM6.32 juta.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, berkata serbuan dilakukan di Bukit Puchong pada 12 November lalu oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Katanya, kedua-dua suspek berusia 32 dan 36 tahun itu dipercayai transporter dan memperolehi upah antara RM5,000 hingga RM7,000.

Katanya, dadah yang disembunyikan di dalam bonet sebuah pacuan empat roda berhampiran tempat mereka ditahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here