Tiada bom ditemui di tujuh sekolah antarabangsa di Selangor – Polis

Kuala Lumpur, Nov 22.
Pemeriksaan di tujuh sekolah antarabangsa di Selangor yang menerima ancaman bom, pagi tadi tidak menemui sebarang bom di semua sekolah terbabit.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, terdahulu mengesahkan menerima tujuh laporan polis berkaitan e-mel ancaman bom yang didakwa ditanam di tujuh sekolah terbabit.

Pengirim e-mel menggunakan nama takstorer@beeble.com menghantar ancaman bom ke beberapa sekolah di daerah Kajang, Petaling Jaya, Kuala Langat, Subang Jaya dan Shah Alam.

Sejurus menerima maklumat, pihak polis mengarahkan pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Kontinjen Selangor untuk menjalankan siasatan lanjut, katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here