Kuala Lumpur, Nov 23.
Kementerian Pertahanan memaklumkan program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak akan dilaksanakan pada 2024, sebaliknya ia dijangka bermula semula pada 2025.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ini kerana peruntukan untuk melaksanakan program itu tidak dimasukkan dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada 13 Oktober lalu.
Kemungkinan PLKN ini untuk laksana semula pada 2024 memang tak ada kerana tidak dibajetkan pun (dalam Belanjawan 2024). Kalau kita nak menggunakan kem-kem wataniah, sepertimana yang saya sebut sebelum ini, kita memerlukan naik taraf dulu kem tersebut secara ‘one-off’.”
Ada 13 kem wataniah di seluruh negara. Jadi perincian mekanisme pelaksanaannya, kementerian akan bersama-sama dengan semua pemegang taruh terutamanya pihak NGO, masyarakat dan yang lain sebelum kita memuktamadkan dan mendapat kelulusan untuk menghidupkan dan meneruskan PLKN, mungkin pada tahun 2025, katanya di Dewan Rakyat pada hari ini.