Terowong TRX dibuka 29 Nov

Kuala Lumpur, Nov 23.
Pembukaan terowong bawah tanah Tun Razak Exchange (TRX) sepanjang 5km mulai 29 Nov ini dijangka mampu mengurangkan aliran trafik masuk ke pusat bandar sebanyak 30%, kata Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata terowong TRX yang mempunyai akses langsung kepada Jalan Tun Razak serta Terowong SMART itu akan membentuk satu pusingan dan memudahkan kenderaan keluar dan masuk dari kawasan pembangunan TRX.

Dengan mengelakkan jalan raya yang sibuk, kenderaan yang menuju ke TRX tidak akan menambah kepada jumlah trafik sedia ada di jalan-jalan sekitarnya.

Kenderaan yang masuk ke TRX melalui terowong pusingan ini akan terus ke tempat letak kenderaan di bawah bangunan dalam kawasan itu, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja bagi meninjau infrastruktur jalan raya di sekitar TRX.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Kamarulzaman Mat Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd Azmar Talib.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here