Jangan biarkan rakyat, negara jadi mangsa pemimpin suka mencela, menghina – Sultan Nazrin Shah

Kuala Lumpur, Nov 25.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah amatlah berbahaya kepada negara untuk membiarkan individu yang sudah diangkat sebagai pemimpin, berperangai saling mencela dan menghina, sekali gus berpotensi mencetuskan kebencian dan menyalakan api permusuhan.

Baginda bertitah, rakyat dan negara tidak boleh dibiarkan menjadi mangsa kepada tindak tanduk dan perbuatan tidak bertanggungjawab sedemikian termasuk oleh pemimpin samaran yang terbentuk dalam acuan ‘guru sihir’ yang pintar.

Baginda bertitah, lebih mendukacitakan, ada pemimpin yang merasa megah dan berbangga dengan perbuatan sedemikian.

Amat membimbangkan apabila kebelakangan ini, aspek budi bahasa dan sopan santun semakin diketepikan. Diperhatikan budi bahasa dan sopan santun diketepikan bukan oleh golongan yang tiada berpendidikan atau tidak berjawatan tinggi, tetapi dikorbankan oleh kumpulan berpelajaran tinggi, berjawatan dan bergelaran.

“Bahasa kesat, lucah, fitnah, cerca, caci, memaki hamun dan menghina, semakin kedengaran, disuarakan tanpa segan silu, malah dilakukan oleh pihak tertentu dengan kemegahan dan kebanggaan,” titah baginda ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) Ke-63 di Dewan Tuanku Canselor, UM di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here