Putrajaya, Nov 27.
Kerajaan memberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Dis ini dalam semangat perkongsian strategik hubungan dua hala, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Ia merupakan tambahan kemudahan pengecualian visa sedia ada yang kini dinikmati rakyat dari negara-negara Asia Barat. Bagaimanapun, Anwar menegaskan pengecualian visa itu tertakluk kepada tapisan keselamatan.
“Tapisan awal akan dibuat bagi semua pelancong, pelawat ke Malaysia. Soal keselamatan itu berasingan. Kalau ada rekod jenayah ataupun risiko keganasan maka mereka tidak akan dibenarkan.