Kuching, Nov 29.
Tumpuan pentadbiran Kerajaan Persekutuan kini boleh dipusatkan sepenuhnya kepada usaha pemulihan ekonomi apabila politik negara semakin stabil.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu cukup bermakna kerana kestabilan berkenaan dicapai genap setahun Kerajaan Perpaduan dibentuk.
Perdana Menteri berkata, Kerajaan Perpaduan kini memiliki majoriti dua pertiga di Parlimen, sekali gus mengaku Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah antara penyumbang utama kepada pencapaian itu.




















