Nie Ching wanita pertama terajui DAP Johor

Johor Bahru, Oct-
Dua pemimpin Wanita DAP Johor, Teo Nie Ching dan Wong Shu Qi, menempa sejarah apabila masing-masing dipilih sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi DAP Johor, dalam pemilihan parti itu hari ini.

Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai dan Timbalan Menteri Komunikasi itu adalah wanita pertama dipilih menjadi Pengerusi DAP Johor.

Beliau dan Shu Qi yang juga Ahli Parlimen Kluang, akan berganding bahu mengemudi DAP Johor, menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 yang dijangka berlangsung dalam tempoh kurang dua tahun lagi.

Nie Ching yang sebelum ini Timbalan Pengerusi DAP Johor menggantikan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

Chin Tong memutuskan memberi laluan kepada Timbalannya itu dalam pemilihan kali ini selepas sedekad memegang jawatan Pengerusi DAP Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here