Ramalan banjir gagal

Petaling Jaya, Nov 29.

Mangsa banjir Taman Sri Muda, Shah Alam, menyuarakan rasa tidak puas hati dengan Fasa 1 Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) meliputi lembangan sungai di Kelantan, Terengganu, dan Pahang yang disifatkan sebagai satu pembaziran.

Taman Sri Muda di ibu negeri Selangor mengalami banjir teruk pada Disember 2021 yang meragut belasan nyawa dan mengakibatkan kerosakan bernilai jutaan ringgit.Walaupun Putrajaya memperuntukkan RM145 juta untuk fasa pertama PRAB, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) baru-baru ini mendedahkan ketepatan ramalan program itu cuma 5.6% dengan keupayaan terhad untuk mengeluarkan amaran dua hari lebih sebelum bencana diramalkan berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here