Kuala Lumpur, Ogos-
Seorang wanita warga asing ditahan polis kerana disyaki memandu dalam keadaan cuai sehingga melanggar tiga motosikal, sebelum menyerang orang awam berhampiran sebuah pusat beli-belah di Bandar Kajang hari ini.
Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 11.58 pagi.
Siasatan awal mendapati wanita berusia 24 tahun itu memandu secara berbahaya sebelum keluar dari kenderaan di kawasan lampu isyarat dan menyerang orang awam dengan sebilah pisau, tambahnya.Hasil bantuan daripada orang awam, wanita terbabit ditahan bersama dua bilah pisau sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya, lapor Bernama.
Naazron berkata, akibat kejadian itu, enam individu berusia 21 hingga 60 tahun cedera, dengan dua daripadanya ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut.
Empat lagi individu menerima rawatan sebagai pesakit luar, tambahnya.
Selain itu, katanya, tiga motosikal turut rosak akibat dilanggar oleh kenderaan dipandu wanita itu.




















