George Town, Nov 29.
Tregidi runtuhan sebuah gudang logistik dalam pembinaan mengakibatkan tiga pekerja pembinaan mati.
Insiden runtuhan di Batu Maung, Bayan Lepas Pulau Penang itu meragut nyawa 3 pekerja warga Bangladesh.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Mohamad Usuf Jan Mohamad, ketika mengesahkan perkara itu berkata dua mangsa maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.
Ketika ini, pelbagai agensi dengan kekuatan 80 orang sedang berusaha mengeluarkan baki empat lagi mangsa yang terperangkap,” katanya kepada media di lokasi, hari ini.Beliau berkata empat lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan pasukan bomba.
Kita menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira 9.45 malam dan dimaklumkan terdapat 9 pekerja di tapak pembinaan gudang logistik tersebut dilaporkan terperangkap, beliau berkata.
Ketika kejadian semua mangsa dikatakan bekerja di bahagian bawah rasuk sepanjang lebih 12 meter dengan berat dianggarkan 14 tan sebelum ia terjatuh lalu melanggar rasuk lain dan menimpa pekerja terbabit.



















