45 peratus air paip lama perlu dibaiki di Negeri Sembilan

Seremban, Nov 30.
Hampir 45 peratus daripada 9,650 kilometer paip lama di Negeri Sembilan perlu diberi perhatian untuk kerja pembaikan bagi mengelakkan masalah gangguan air.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau bagaimanapun tidak menolak paip berkenaan juga perlu diganti baharu memandangkan sudah melebihi 30 tahun, namun ia memerlukan modal sangat besar dan kos tinggi.

“Antara faktornya adalah tarif air yang tidak disemak berpuluh tahun, ini menyebabkan mereka tidak mampu membuat pertukaran paip baru. Isu ini bukan di sini sahaja tetapi tetapi negeri yang mempunyai keuntungan besar masih berdepan dengan masalah sama,” katanya. Beliau berkata demikian selepas selesai Majlis Hari Ikrar Bebas Rasuah Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) 2023 dan Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Sains 2024-2028, di sini pada Selasa.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tarif air domestik di semua negeri akan disemak awal tahun depan selepas ada negeri tidak pernah berbuat demikian dalam tempoh 40 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here