Sambutan Hari Deepavali Imaiyam Meriahkan

Putrajaya, Dis 4.
Persatuan penjawat awam kaum India Putrajaya, Imaiyam merayakan Sambutan Hari Deepavali di bangunan pelbagaiguna KBS, Putrajaya. Pengerusi Imaiyam P.Muralitharan berkata penyokongan padu pihak berkerja keras adalah pencungkil utama dalam kejayaan Imaiyam. Muralitharan berkata semua pihak di kalangan Imaiyam berkerja sungguh dalam pelbagai cara demi kemakmuran persatuan ini.

Sambutan hari Deepavali pada setiap tahun oleh Imaiyam menjadi acara kemuncak tahunan dalam agenda memperkukuhkan perpaduan dikalangan warga Imaiyam. Ia meraikan penyokong padu yang berkerjasama dalam kemajuan Imaiyam. Beliau berkata demikian di majlis Sambutan Perayaan Deepavali yang dianjurkan oleh Imaiyam.

Terdahulu Pengarah Urusan Makkal Osai Datuk S. Gopalakrishnan menyalakan Kuthu vilaku sebagai pembuka tirai untuk Majlis Sambutan Hari Deepavali Imaiyam. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Sabah Datuk S. Karunanithi yang dijemput khas ke majlis ini menyeru dalam ucapannya, penjawat awam harus berkhidmat untuk kemakmururan masyarakat India di Malaysia.

Murid-murid yang mendapat kepujian tinggi dalam SPM, STPM, Diploma dan Ijazah dianugerahkan sijil dan wang insentif. 40 orang dari keluarga kurang berpendapatan dan murid sekolah diberi sumbangan ihsan. Datuk Gobi, Makkal Osai menganugerahkan sijil khas kepada penjawat awam yang dikurniakan pangkat istimewah dari kerajaan Persekutuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here