Lelaki dipenjara 6 tahun, 1 sebatan kerana rompak Rm50

Kuala Lumpur, Dis 11.
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana merompak wang tunai RM50.

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu selepas M. Krishnamurthi, 49, mengaku bersalah merompak Chai Fuh Chang, 43, di tempat letak motosikal MRT Jinjang di sini pada 11.55 pagi, 7 Dis lalu.

Krishnamurthi yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan kerana telah menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan pada 7 Dis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here