Dr Noor Hisham menjadi Pengerusi baharu IJN

Kuala Lumpur, Dis 13.
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilantik sebagai Pengerusi baharu Institut Jantung Negara (IJN), berkuat kuasa 1 Disember lalu.

IJN dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan Dr Noor Hisham adalah episod menarik kepada IJN berikutan pengalaman luas beliau dalam sektor penjagaan kesihatan, terutama peranan menerajui kepimpinan tertinggi sepanjang kariernya.

Malah, IJN percaya pengalaman luas dimiliki Dr Noor Hisham dalam sektor penjagaan kesihatan, akan menjadi aset bagi kejayaan berterusan IJN, ditambah dengan kemahiran beliau dalam tadbir urus dan pengurusan serta komitmen terhadap penjagaan pesakit.

“Tahniah saya ucapkan kepada Dr Noor Hisham atas jawatan baharu beliau bersama kami di IJN,” kata Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim, menerusi kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here