Program Pemantapan Ilmu, Kemahiran – MITRA Pertingkat

Kuala Lumpur, Dis 18.
Unit Transformasi India Malaysia (MITRA) sedang berusaha untuk merancakkan program yang mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Khasnya, Datuk R. Ramanan.

Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, program seperti seminar ‘Serambi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023’ yang baru sahaja tamat, akan diadakan lebih kerap di seluruh negara.

Program seumpama ini akan dilaksanakan di seluruh negara.Pada masa ini MITRA sedang mengusahakan pelbagai rancangan dan inisiatif untuk masa akan datang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup seminar anjuran Universiti MAHSA dan ditaja MITRA, di sini, pada Ahad. Kira-kira 800 pelajar dari 30 sekolah di Selangor menyertai seminar berkenaan bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here