7 kereta ubah suai untuk pertunjukkan terbakar

    Kulai, Dis 18.
    Sebuah treler bersama muatan tujuh kereta ubah suai pelbagai jenis terbakar di Kilometer 38.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini, pada awal pagi tadi.

    Ia membabitkan lima kereta Honda, sebuah Toyota Yaris dan sebuah Proton Saga yang difahamkan dibawa treler berkenaan untuk menyertai satu pertunjukan di Sepang, Selangor.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.52 pagi sebelum sepasukan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Skudai dan Tebrau digerakkan ke tempat kejadian.

    Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Fauzi Che Deris. Tujuh kereta yang dibawa treler berkenaan terbakar hampir 70 peratus. Operasi tamat jam 6.55 pagi, katanya menerusi kenyataan media.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here