Aliran trafik di lebuh raya utama mulai sesak

Kuala Lumpur, Dis 23.
Aliran trafik di lebuh raya utama mulai sesak pagi ini berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti sambutan Krismas, Isnin ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi, berkata trafik sesak dan perlahan arah utara dari Sungai Buloh menuju ke Bukit Beruntung, setakat 9.30 pagi ini.

Terdapat kemalangan di KM 426.5 arah selatan dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung dengan lorong kanan di kedua-dua arah masih ditutup dan trafik menuju utara sesak sepanjang 11 kilometer manakala trafik arah selatan masih terkawal.

Sementara itu, trafik turut dilaporkan perlahan sebelum Plaza Tol Gombak arah timur dari Gombak hingga ke Genting Sempah berikutan pertambahan kenderaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here