Sambutan Ponggal Mydin bersama ‘Bombay Bazaar’

Kuala Lumpur, Jan 22.
Majlis Sambutan Ponggal bersama ‘Bombay Bazaar’ di rangkaian pasar raya Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) di sini berlangsung meriah dengan kehadiran pelbagai segmen masyarakat India.

Majlis diserikan dengan persembahan seni dan kebudayaan masyarakat India seperti persembahan instrumen musik Veena daripada Kabbil Raaj, membuat ‘kolam’ dan memasak Ponggal.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, Mydin sebagai rangkaian pemborong dan peruncit tempatan yang amat dekat di hati pengguna, sentiasa meraikan kepelbagaian budaya dan kaum di negara ini.

“Sambutan ponggal ini adalah acara tahunan yang kami anjurkan bagi menzahirkan penghargaan kepada pelanggan kaum India di samping mengajak pelbagai kaum untuk bersama-sama mengukuhkan semangat perpaduan kaum di negara kita.

“Pesta ponggal membawa erti melimpah ruah dan disambut sebagai tanda kesyukuran terhadap alam semula jadi dan rezeki dalam kehidupan seharian.

Saya harapkan semoga rezeki kita semua sentiasa melimpah ruah, bukan itu sahaja bahkan yang paling utama agar kita diberi kesempatan untuk saling berkongsi rezeki untuk yang kurang berkemampuan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis berkenaan di pasar raya Mydin USJ Subang Jaya pada Ahad.

Dalam pada itu, Ameer berkata, Bombay Bazaar yang dianjurkan di Mydin merupakan antara wadah utama dalam memeriahkan kempen Warna-Warni Deepavali yang disambut cukup meriah tahun lepas.

Bazar ini berjaya menghimpunkan usahawan berbangsa India dari pelbagai segmen perniagaan bagi memasarkan dan mempromosi produk mereka.

Sementara itu, beliau dalam pada itu turut menzahirkan ucapan tahniah kepada penganjur Bombay Bazaar, Taaka Lee Sdn Bhd di atas pencapaian mencatat rekod baru Malaysia Book of Records.

Difahamkan Bombay Bazaar ini berjaya mengumpulkan lebih 300 usahawan-usahawan dari platform digital untuk turun padang beliau berkata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here