Wanita Maut Akibat Sandwic Basi

Kuala Terengganu, Dis 23.
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu sudah mengambil beberapa sampel makanan daripada sebuah kedai di kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing, Kemaman yang dikatakan menjadi punca seorang wanita mengalami keracunan makanan sehingga meninggal dunia.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya turut melakukan swab peralatan dan pengendali makanan untuk membantu siasatan.

Dr Kasemani berkata, tindakan terhadap premis itu dilakukan selepas PKD Kemaman menerima satu notifikasi kes keracunan makanan membabitkan mangsa berusia 54 tahun yang mengalami gejala keracunan makanan akibat memakan makanan yang dibeli di R&R Perasing, Kemaman.

Katanya, mangsa mula mengalami gejala sakit perut, cirit birit dan muntah selepas memakan makanan yang dipercayai basi. Terdahulu, pengguna Facebook memuat naik status di Facebook mengenai kematian ibu saudaranya yang mengalami keracunan makanan selepas makan sandwic yang dibeli di sebuah kedai di R&R Perasing, Kemaman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here