Kes lelaki dibunuh, ditanam polis tahan 5 lagi

Kuala Lumpur, Dis 26.
Polis menahan lima lagi individu semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut ketika bergaduh dengan abang teman wanitanya di Sungai Choh, Rawang, kelmarin.

Tangkapan di tiga lokasi berbeza itu membabitkan tiga lelaki dan dua wanita, semua berusia 19 hingga 35 tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata seorang lelaki dan dua wanita ditahan di Desa Aman Puri, di sini, jam 4.40 petang semalam.

Seorang lelaki ditahan jam 6.15 petang di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam, manakala seorang lagi lelaki terakhir ditahan jam 11 malam tadi di Sungai Choh, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here